20110804

PUASA

Berpuasa di bulan Ramadhan dan berpuasa tiga hari setiap bulan akan menghilangkan kekotoran dan was-was di dalam hati. Pastinya ada seseuatu kelebihan sehingga para sahabat r.anhum tetap menjaga puasa Ramadhan dalam perjalanan jihad walaupun telah berkali-kali diberi izin oleh Rasulullah s.a.w untuk berbuka puasa, sehingga Baginda terpaksa mengeluarkan perintah melarang mereka dari berpuasa.. semoga Allah mengurniakan taufik kepada kita untuk mencontohi mereka.