20110602

TO ALL GUYS




bismillahirahmanirrahim :)
entry ni nak bagitahu para lelaki kat luar sana yang sebenarnya perempuan ni..





Sensitif : bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. 
Cerewet : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. 
Halus : ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. even bilaa perempuan tu dah  maafkan orang lain, biasanya dia akan ingat sampai bila bila sebagai pengajaran. bukannya dendam. 
Ikhlas : Ikhlas seorang perempuan tak perlu laa korang nak ragui. insyaAllah dia ikhlas sepenuh hati :)
Korban  : perempuan sanggup berkorban apa je untuk orang yang amat dia sayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. 
Prihatin : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. 
Manja : even dia seorang perempuan yang pandai berdikari, naluri seorang perempuan still lagi seorang perempuan yang suka bermanja. tak semestinya kepada kaum lelaki. tapi kat kaum sejenis. 
Ego : perempuan yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ke tepi egonya. kerana dia sentiasa ingin kan yang terbaik dan ingin jadi yang terbaik untuk insan yang dia sayangi :) 
Cinta : cinta pertama bagi perempuan adalah yang paling dalam dan tulus. 
Seks  : seks bukanlah segala galanya buat perempuan sebab perempuan diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. fungsi lelaki adalah membimbing perempuan dan bukan menghanyutkannya. 


“Peranan LELAKI dalam kehidupan PEREMPUAN adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. PEREMPUAN diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN PEREMPUAN”